Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

e-Invois

Bagaimanakah untuk memberi Nombor Pengenalan Cukai (TIN) saya?

Semudah 1-2-3!

Pertama, log masuk ke Aplikasi Tune Talk.

Klik Info Lanjut > Profil > Sunting Profil dan masukkan nombor TIN anda di ruangan Nombor TIN.

Jangan lupa klik Sahkan untuk menyimpan TIN anda!

Bagaimanakah untuk memohon e-Invois?

Anda boleh memohon e-Invois melalui Aplikasi Tune Talk. Klik Butiran Transaksi > halaman Terima Kasih > Klik butang Menjana e-Invois di bahagian bawah.

Sebagai alternatif, anda juga boleh memohon e-Invois di halaman Pesanan Saya > Butiran Pesanan.

Nota: Semua permohonan e-Invois hanya boleh dibuat dalam masa 72 jam pada bulan transaksi tersebut.

Di manakah untuk mengakses e-Invois yang telah dimohon sebelum ini?

Anda boleh mengakses e-Invois di Aplikasi Tune Talk. Klik Pesanan Saya > halaman Butiran Pesanan.

Mengapakah saya tidak dapat melihat butang “Menjana e-Invois” di halaman Butiran Pesanan?
Kemungkinan besar tempoh permohonan e-Invois telah tamat. Permohonan e-Invois hanya diterima dalam tempoh masa 72 jam pada bulan transaksi tersebut. Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat untuk bantuan lanjut.