Semudah 1-2-3!
Pertama, log masuk ke Aplikasi Tune Talk.
Klik Info Lanjut > Profil > Sunting Profil dan masukkan nombor TIN anda di ruangan Nombor TIN.
Jangan lupa klik Sahkan untuk menyimpan TIN anda!
Anda boleh memohon e-Invois melalui Aplikasi Tune Talk. Klik Butiran Transaksi > halaman Terima Kasih > Klik butang Menjana e-Invois di bahagian bawah.
Sebagai alternatif, anda juga boleh memohon e-Invois di halaman Pesanan Saya > Butiran Pesanan.
Nota: Semua permohonan e-Invois haruslah dibuat pada bulan yang sama dengan transaksi atau dalam tempoh masa 72 jam selepas transaksi tersebut.
cth. Sekiranya seseorang membuat transaksi pada 1 Januari, beliau boleh memohon e-Invois pada 31 Januari, 1 Februari atau 2 Februari.
Anda boleh mengakses e-Invois di Aplikasi Tune Talk. Klik Pesanan Saya > halaman Butiran Pesanan.
Kemungkinan besar tempoh permohonan e-Invois telah tamat. Permohonan e-Invois haruslah dibuat pada bulan yang sama dengan transaksi atau dalam tempoh masa 72 jam selepas transaksi tersebut. Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui Live Chat untuk bantuan lanjut.