Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut

Ganjaran

Saya tergeser ke kanan dengn tidak sengaja untuk menggunakan tawaran. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jika anda tidak bersedia untuk menggunakannya, kami menasihati anda untuk mengambil screenshot atau menyalin kod promosi. Setelah kehabisan masa, anda mungkin tidak lagi boleh mengakses kod promosi.

Bolehkah saya dapatkan semula tawaran itu selepas tamat tempoh?

Tidak. Anda digalakkan untuk menggunakan tawaran sebelum sampai tarikh tamat tempoh.

Saya baru sahaja menebus tawaran tetapi ia tidak dipaparkan pada halaman Ganjaran Saya. Apa yang boleh saya lakukan?

Sistem kami akan mengambil masa beberapa minit untuk mengesahkan transaksi. Jika tawaran mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk terpapar di halaman Ganjaran Saya, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk tindakan selanjutnya.

Di manakah saya boleh menyemak tawaran yang ditebus dan butirannya?

Semua tawaran yang ditebus akan tersedia di Aplikasi Tune Talk pada Halaman Ganjaran Saya di bawah Ganjaran Sedia Ada. Apabila berjaya digunakan atau tamat tempoh, tawaran akan dialihkan ke Ganjaran Lama.

Apabila menghadapi masalah semasa menggunakan tawaran, siapakah yang harus saya hubungi untuk mendapatkan bantuan?

Semua pertanyaan berkaitan dengan selepas penebusan, anda harus menghubungi Khidmat Pelanggan tertentu yang dinyatakan dalam terma dan syarat promosi.

Bagaimanakah untuk menjejaki penebusan point saya?

Anda boleh menjejaki semua transaksi berkaitan point anda dalam Sejarah Point pada halaman Peringkat Kesetiaan di Aplikasi Tune Talk.

Apakah kaedah penebusan tawaran?

Tawaran boleh ditebus atau dibeli melalui point, tunai (dalam bentuk kredit masa berbual, FPX atau kad kredit/debit), atau gabungan kedua-dua point dan wang tunai.

Bolehkah saya memindahkan tawaran yang telah ditebus ke nombor yang lain?

Tidak. Penebusan adalah khusus untuk nombor telefon tertentu dan tidak boleh dipindahkan ke nombor telefon yang lain.

Adakah langkah-langkah penebusan sama untuk semua tawaran?

Tidak. Setiap promosi gaya hidup mempunyai cara penebusan tersendiri dan penggunaan unik, tertakluk pada terma dan syarat yang boleh dirujuk pada Aplikasi Tune Talk.

Apabila menghadapi masalah semasa menebus tawaran, siapakah yang harus saya hubungi untuk mendapatkan bantuan?

Semua pertanyaan berkaitan dengan sebelum penebusan, anda harus menghubungi Khidmat Pelanggan Tune Talk kami melalui Live Chat, dail 13100 atau 03-2771 7000 (bukan Tune Talk atau di luar negara) dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Bilakah saya boleh menebus tawaran #JomEnjoy?

Bila-bila masa! Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa katalog tawaran tidak tetap dan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Jika anda melihat tawaran yang anda suka, tebusnya sebelum ia habis!

Di manakah saya boleh mendapatkan tawaran #JomEnjoy terkini?

Katalog tawaran #JomEnjoy boleh diakses pada Aplikasi Tune Talk.

Apakah tawaran yang terdapat di #JomEnjoy?

Tawaran telekomunikasi dan gaya hidup yang boleh ditebus melalui point dan/atau kredit masa berbual.