Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut

Kad SIM & eSIM

Saya telah membeli kad SIM Prabayar baharu daripada laman web Tune Talk. Bagaimanakah untuk daftarkan SIM?

LANGKAH 1: Setelah menerima Kad SIM anda, muat turun aplikasi Tune Talk
LANGKAH 2: Dapatkan kod QR Pesanan anda yang telah dihantar ke e-mel anda
LANGKAH 3: Pilih ‘SIM Aktif’ dan ‘Imbas kod QR pesanan anda’
LANGKAH 4: Imbas kad SIM baharu, diikuti dengan MyKad/Pasport anda
LANGKAH 5: Ikut arahan aplikasi untuk pengecaman muka
LANGKAH 6: SIM anda kini diaktifkan. Masukkan SIM anda dan mula menggunakannya!

Saya telah membeli kad SIM Prabayar baharu daripada kedai myNEWS, Pak Grocer atau Kedai Rakan Kongsi Tune Talk. Bagaimanakah untuk daftarkan SIM?

LANGKAH 1: Muat turun aplikasi Tune Talk
LANGKAH 2: Pilih ‘SIM Aktif’ dan ‘Daftar SIM ini’
LANGKAH 4: Pilih pilihan keutamaan anda ‘Bertukar’ atau ‘Nombor Baharu’
LANGKAH 5: Pilih ‘SIM fizikal’
LANGKAH 6: Imbas kad SIM baharu anda, diikuti dengan MyKad/Pasport anda
LANGKAH 7: Ikut arahan aplikasi untuk pengecaman muka
LANGKAH 8: SIM anda kini diaktifkan. Masukkan SIM anda dan mula menggunakannya!

Aplikasi Tune Talk saya rosak atau tersekat semasa proses pendaftaran. Apakah patut saya lakukan?

Anda boleh cuba log keluar daripada aplikasi dan log masuk semula sekali lagi. Ikuti arahan pendaftaran sekali lagi dan jika isu yang sama berterusan, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami di 13100 atau 03-2771 7000 atau Live Chat untuk bantuan lanjut.

Saya menerima mesej ralat semasa mendaftarkan SIM baharu melalui Aplikasi Tune Talk. Apakah patut saya lakukan?

Tangkap layar mesej ralat dan e-mel kami di customer.care@tunetalk.com atau Live Chat untuk bantuan lanjut.

Saya membeli SIM dengan pelan data dan tambah nilai kredit melalui laman web Tune Talk. Bilakah pelan data dan tambah nilai kredit akan diaktifkan?

Selepas pendaftaran SIM berjaya, pelan data dan kredit tambah nilai anda akan diperuntukkan ke dalam nombor telefon mudah alih baharu anda dalam masa 2-5 minit.

Saya telah berjaya mendaftarkan SIM baharu saya, tetapi saya tidak menerima pelan data atau kredit tambah nilai. Apakah patut saya lakukan?

Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami di 13100 atau 03-2771 7000 atau Live Chat untuk bantuan lanjut.