Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut

Kad SIM & eSIM

What happens to my regular TAC, OTP and WhatsApp?

No worries! Upon switching, you will be able to receive your TAC and OTPs as usual within 12-48 hours. Your WhatsApp or other chat programs associated with your existing number will also continue to work as usual.
Some chat applications might require you to input an OTP to prove you are still the valid owner of the number.

Apakah itu ‘Bertukar ke Tune Talk’?

Ia adalah satu proses untuk menukar nombor semasa daripada syarikat telekomunikasi semasa anda kepada Tune Talk.

Adakah saya perlu membuat sebarang jenis pembayaran untuk bertukar ke Tune Talk?

Ya, tambah nilai minimum RM10 atau pelan data diperlukan

Apakah saluran pembayaran untuk tambah nilai atas talian?

Perbankan atas talian FPX, kad kredit Visa & Master atau e-Dompet

Saya telah berjaya bertukar ke Tune Talk, mengapakah saya tidak dapat menerima sebarang kod SMS OTP/TAC/Pengesahan daripada Bank?

Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan OTP/TAC akan dikemas kini dalam masa 24-48 jam selepas pertukaran selesai. Anda juga dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank masing-masing untuk memaklumkan mereka bahawa anda telah berpindah ke syarikat telekomunikasi baharu dan dikehendaki mengemas kini nombor telefon bimbit anda.

Berapa kalikah permohonan boleh dibuat untuk bertukar ke Tune Talk?

Anda boleh mendaftar 5 kad SIM setiap MyKad/Pasport

Bagaimanakah untuk menyemak status pertukaran saya?

Anda boleh SMS atau pergi ke Aplikasi Tune Talk anda untuk memantau status betukar.
Untuk SMS, sila hantar P ke 2222
Contoh: P 0101234567

Saya adalah pelanggan Tone Excel/Tone Plus, bolehkah saya memohon untuk bertukar ke Tune Talk?

Tidak, untuk pelanggan Tone Excel/Tone Plus, anda hanya layak untuk bertukar dengan mendapatkan nombor Tune Talk baharu.

Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima kad SIM?

Selepas menerima kad SIM, anda perlu memuat turun Aplikasi Tune Talk dan mendaftar sendiri SIM baharu anda. Setelah pendaftaran SIM anda berjaya, permintaan bertukar anda akan dihantar secara automatik. Sila balas pengesahan SMS untuk bertukar keluar yang dihantar oleh syarikat telekomunikasi semasa anda dalam masa 24 jam untuk memulakan proses penukaran. Sekarang anda hanya perlu santai dan bertenang, dan kami akan melakukan yang selebihnya untuk anda.

Berapa lamakah proses pertukaran?

Proses penukaran akan mengambil masa kira-kira 48 jam waktu bekerja untuk diselesaikan.

Bilakah saya akan menerima kad SIM?

Semasa pembelian, pelanggan perlu memasukkan alamat penghantaran yang betul dan melampirkan salinan MyKad/Pasport untuk tujuan pengesahan. Setelah butiran diterima, Tune Talk akan memproses pesanan dan penghantaran akan mengambil masa kira-kira 3 hingga 7 hari waktu bekerja.