Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut

Kad SIM & eSIM

Bolehkah kad SIM saya untuk tamat tempoh?

Ya, ia boleh.

Selepas tamat tempoh sah, pelanggan akan mempunyai 45 hari untuk melakukan tambah nilai. Jika gagal berbuat demikian, nombor telefon mudah alih atau akaun mereka akan ditamatkan secara automatik tanpa sebarang notis lanjut.

Untuk mendapatkan semula nombor telefon bimbit anda, anda perlu membeli pek SIM baharu dan menghubungi Khidmat Pelanggan kami di 13100 atau 03-2771 700 atau Live Chat untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Saya sudah pun mempunyai SIM Tune Talk, tetapi statusnya dalam tempoh penangguhan (Tidak aktif). Bolehkah saya membuat penggantian SIM?

Tidak.

Untuk melakukan penggantian SIM, kad SIM baharu mestilah dalam status aktif.

Nombor lama saya masih mempunyai baki kredit, point, tempoh sah dan baki data. Selepas penggantian SIM selesai, adakah data dan kredit boleh disertakan bersama?

Ya.

Setelah penggantian SIM selesai, kredit, Point, tempoh sah dan baki data anda yang terdahulu akan dibawa ke hadapan.

*Ini hanya terpakai untuk pelan Tarif Tune Talk

Saya telah membeli SIM Tune Talk yang baharu, tetapi ia didaftarkan di bawah ibu bapa, rakan atau ahli keluarga saya. Bolehkah saya menggunakan kad SIM itu untuk penggantian SIM?

Tidak.

Kedua-dua SIM baharu dan lama mesti didaftarkan di bawah myKad/Pasport yang sama.

Saya telah membeli SIM Tune Talk baharu termasuk pelan data bulanan. Selepas penggantian SIM selesai, adakah pelan data akan disertakan ke SIM baharu?

Tidak.

Langganan data akan dibatalkan. Anda dinasihatkan untuk mengaktifkan pelan data selepas penukaran SIM selesai.

Saya telah mengaktifkan pelan tempoh sah setahun di bawah nombor Tune Talk lama saya. Selepas Penggantian SIM selesai, adakah pelan tempoh sah setahun akan disertakan ke SIM baharu?

Ya.

Kad SIM lama saya hilang dan kini dalam tempoh penangguhan (tidak aktif). Saya telah membeli SIM baharu dan menambah nilai RM50. Selepas penggantian SIM selesai, tempoh sah yang manakah akan dibawa?

Ia akan mengikut tempoh sah SIM yang lama, anda dinasihatkan untuk menambah nilai nombor anda selepas penukaran SIM selesai.

Telefon saya memaparkan mesej ralat “Masukkan SIM”, “Kad SIM tidak sah atau tidak ditemui”, “Kad SIM gagal” apabila SIM saya sudah dimasukkan ke dalam telefon. Apakah maksudnya?

Mesej ralat ini boleh memberi gambaran SIM yang rosak. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba menyelesaikan masalah ini seperti di bawah.

  • Cuba periksa kerosakan fizikal pada kad SIM
  • Cuba keluarkan kad SIM daripada telefon anda dan masukkannya semula
  • Cuba SIM pada telefon lain dan lihat jika anda masih mendapat mesej ralat yang sama

Jika mesej ralat masih muncul, sudah tiba masanya untuk menggantikan SIM lama anda.

Saya pasti bahawa SIM saya rosak. Bagaimanakah untuk mendapatkan penggantian SIM?

Anda boleh pergi ke kedai Pengedar Tune Talk dan bertanya tentang penggantian SIM.

Atau anda boleh membeli SIM Tune Talk baharu daripada myNEWS atau Pak Grocer dan hubungi Khidmat Pelanggan kami di 13100 atau 03-2771 7000 atau Live Chat untuk melakukan penggantian SIM.

SIM saya dicuri/hilang. Bolehkah saya mendapatkan semula nombor lama saya?

Ya, anda boleh! Hanya lakukan Penggantian SIM.
Pergi ke kedai Pengedar Tune Talk berdekatan dan bertanya tentang penggantian SIM.
Atau anda boleh membeli SIM Tune Talk baharu daripada myNEWS atau Pak Grocer dan hubungi Khidmat Pelanggan kami di 13100 atau 03-2771 7000 atau Live Chat untuk melakukan penggantian SIM.

Saya tersalah memasukkan PIN ke SIM saya sebanyak 3 kali. Telefon saya kini terkunci dan tertera “PUK1”. Bagaimanakah untuk membuka kunci kad SIM saya?

Anda memerlukan Kunci Nyahsekat Pin (PUK) yang merupakan kunci 8 digit yang boleh menyahsekat kad SIM anda. Berikut ialah dua cara untuk mendapatkan semula PUK anda:

  • Periksa Pek SIM anda, PUK dicetak pada kad yang disertakan bersama pek SIM Tune Talk anda.
  • Hubungi Khidmat Pelanggan kami di 13100 atau 03-2771 7000 atau Live Chat untuk bantuan lanjut