Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut
Bilakah saya boleh mula menikmati Friends & Family?

Friends & Family tersedia pada 16 Mac 2012 dan seterusnya.

Bagaimanakah untuk melanggan Friends & Family?

Anda boleh menetapkan 10 nombor kegemaran anda melalui:

  • SelfCare – log masuk dan klik pada Perkhidmatan Saya dan pilih TuneBuddies
  • Atau *111# – pilihan 5, Perkhidmatan dan pilihan 3, nombor Tune Talk.
Apakah kadar panggilan untuk Friends & Family?

Hanya 10 sen setiap minit untuk panggilan lokal ke nombor Tune Talk pilihan anda, 24 jam sehari.

Adakah terdapat sebarang bayaran untuk nikmati Friends & Family?

Tidak, tiada caj atau bayaran untuk menikmati Friends & Family. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda menetapkan kesemua 10 nombor, akan ada bayaran nominal sebanyak RM2 setiap transaksi untuk membuat perubahan selanjutnya.

Bolehkah saya menambah sebarang nombor pada senarai Friends & Family saya?

Tidak, Friends & Family terhad kepada nombor Tune Talk sahaja.

Bagaimanakah untuk menyemak senarai Nombor Friends & Family?

Log masuk ke akaun SelfCare anda atau dail *111# dan pilih pilihan “Senarai” daripada menu.

Apakah itu Friends & Family?

Friends & Family ialah tawaran terbaru Tune Talk di mana anda hanya membayar 10 sen seminit kepada sepuluh nombor Tune Talk kegemaran anda, pada bila-bila masa sepanjang hari.