Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

30 Okt, 2024 🛠️Scheduled Maintenance Activity on 4 Nov (1am – 2.30am) Info Lanjut
Apakah itu GPRS?

GPRS adalah singkatan dari General Packet Radio Services (Perkhidmatan Radio Paket Umum). Berbanding dengan platform bertukar litar biasa, ciri ini memberikan anda kelajuan sambungan yang lebih tinggi apabila mengakses WAP atau Internet semasa anda bergerak.

Bagaimanakah saya akan dicaj untuk menggunakan Data/Internet?

Anda akan dicaj minimum RM0.03 setiap MB. Beberapa sesi akan dicaj RM0.03 setiap sesi walaupun setiap sesi mungkin tidak mencapai atau melebihi 1MB.

Contoh 1: – Jika anda memuat turun 1MB data, anda akan dicaj RM0.03 atau jika anda memuat turun 1.5MB, anda akan dicaj RM0.06.

Contoh 2: – Jika anda memuat turun 1MB data, tetapi ia dilakukan dalam 3 sesi, anda akan dicaj RM0.09.

Nota: Hanya terpakai untuk Pek Tune Talk Buddies

Adakah terdapat caj minimum untuk menggunakan Data/Internet?

Ya, caj minimum ialah 3 sen.

Berapa banyakkah kredit masa berbual yang saya perlukan untuk menggunakan Data/Internet?

Dengan Data/Internet, anda hanya akan dicaj untuk jumlah data yang sebenar dipindahkan. Kos penggunaan Data/Internet ialah RM0.03/MB.

Contoh:  Jika anda memuat turun 1MB data melalui Data/Internet, anda akan dicaj RM0.03.

Adakah saya perlu mendaftar untuk mengakses Data/Internet daripada telefon Prabayar Tune Talk saya?

Tidak, anda tidak perlu. Akaun Tune Talk anda sudah disertakan dengan Data/Internet sedia aktif.

Bagaimanakah sekiranya Data/Internet saya tidak berfungsi walaupun selepas menukar di tetapan saya?

Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami di 13100 (kadar panggilan tempatan dikenakan) atau menghantar e-mel kepada customer.care@tunetalk.com