Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut

Pelan Prabayar

Siapakah yang layak untuk melanggan pelan VIP?

Promosi ini layak untuk warga emas atau OKU Malaysia.

Warga emas yang mendaftar mestilah berumur 60 tahun ke atas. (yakni 59 tahun dan 11 bulan masih belum layak lagi)

OKU atau ibu bapa/penjaga OKU tersebut juga layak mendaftar. OKU mesti mempunyai Kad Pengenalan dan Kad OKU yang layak manakala ibu bapa/penjaga yang mendaftar bagi pihak hendaklah memberikan bukti penjagaan seperti Sijil Lahir atau dokumen rasmi lain.

Saya warga asing/PR yang kurang upaya atau berumur 60 tahun ke atas. Adakah saya layak untuk mendaftar untuk pelan ini?

Maaf, kami khaskan pelan ini hanya untuk Warganegara Malaysia (masing-masing dikenalpasti oleh Kad OKU atau MyKad)

Jika saya sedang melanggan pelan Tune Talk yang lain, bolehkah saya menambah pelan ini?

Jika sebagai contoh anda bertukar daripada Pelan Tahunan kami kepada pelan VIP, semua kuota baki dan pembaharuan anda akan terbatal dan digantikan dengan bakul data ini. Walau bagaimanapun, sebarang tempoh sah dipanjangkan yang disertakan dengan pelan sebelumnya akan kekal.

Adakah pelan ini diperbaharui secara automatik setiap bulan?

Ya dengan syarat anda mempunyai baki kredit yang mencukupi.

Jika saya layak tetapi sedang menggunakan pelan lain, bolehkah saya bertukar ke pelan VIP?

Ya, anda boleh bertukar kepada atau keluar daripada pelan VIP pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, baki data atau tempoh sah pelan tidak akan dibawa bersama.

Jika saya perlu melakukan penggantian SIM, adakah pelan VIP saya masih aktif?

Setelah penggantian SIM berjaya, pelan data akan disambung semula secara automatik.

Berapa lamakah pelan VIP akan tersedia?

Pelan VIP mempunyai kuota yang terhad dan akan tersedia berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Saya berumur lebih 60 tahun, tetapi pelan VIP tidak muncul pada Aplikasi Tune Talk saya? Apakah yang boleh saya lakukan?

Butiran Kad Pengenalan (NRIC) anda mungkin telah didaftarkan secara tidak betul. Sila hubungi Pelayan khidmat pelanggan kami di talian 13100 untuk mengemas kini butiran anda supaya anda boleh mengaktifkan Pelan VIP.

Setelah akaun saya layak, berapa banyak pelan VIP yang boleh didaftar?

Setiap Kad Pengenalan (NRIC) layak untuk mendaftar sehingga 5 kad SIM dan semua nombor di bawah akaun itu boleh melanggan atau bertukar kepada Pelan VIP.

Sebaik sahaja layak, bolehkah saya terus melanggan pelan VIP?

Ya, sebaik sahaja kad SIM anda berjaya didaftarkan dan diaktifkan, anda boleh melanggan Pelan VIP dengan serta merta.

Bagaimanakah untuk menyemak status kelayakan saya?

Sila semak kelayakan anda melalui Aplikasi Telefon Mudah Alih Tune Talk di bawah Halaman Profil atau SMS VIP STATUS ke 2222.

Apakah pelan tarif yang layak untuk pelan VIP?

Hanya pelanggan di CUN VALUE Tune Talk, VALUE Tune Talk atau Tune Talk BUDDIES layak.