Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

Akaun

Apakah itu pengenaan dan skop cukai?

Berkuatkuasa mulai 1 September 2018, di bawah Kumpulan I, Butiran 2(a), Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, peruntukan:

  • Perkhidmatan telekomunikasi; dan
  • Perkhidmatan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi, tidak termasuk peruntukan perkhidmatan kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain di Malaysia atau di luar Malaysia adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.
Apakah itu cukai perkhidmatan?

Cukai perkhidmatan ialah cukai yang dikenakan ke atas mana-mana peruntukan perkhidmatan bercukai; dibuat dalam perjalanan atau penerusan mana-mana perniagaan; oleh orang yang dikenakan cukai; dan di Malaysia. Cukai perkhidmatan tidak dikenakan ke atas perkhidmatan yang diimport atau dieksport.

Bilakah cukai perkhidmatan akan dilaksanakan?

Cukai Perkhidmatan 6% akan dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 September 2018 dan seterusnya; SST diperkenalkan untuk menggantikan GST semasa.

Apakah cara-cara pelaksanaan SST untuk Perkhidmatan Telekomunikasi Prabayar yang bermula 1 Jun 2018?

Semua penyediaan perkhidmatan telekomunikasi oleh penyedia telco adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan. Contohnya ialah panggilan IDD, teleks, persidangan video, roaming, faks, VoIP, talian pajakan, MVNO, perkhidmatan jalur lebar, perkhidmatan pengebilan dan pengumpulan, penyelenggaraan kemudahan, pemasangan, dsb.

Siapakah yang harus saya laporkan untuk sebarang penyelewengan?

Sebarang penyelewengan hendaklah dikemukakan kepada eAduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my

Talian Utama : 1800-886-800 | Tel : 03-8000 8000 | Faks : +603-8882 5983 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan No 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya, Malaysia

Untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini.

Bagaimanakah sekiranya saya tidak dapat log masuk ke Self-Care dan menghadapi masalah dengan akaun Self-Care?

Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami di 13100 atau 03-27717000.

Bagaimanakah saya boleh menyemak invois saya?

Tune Talk akan mengeluarkan invois yang sah untuk semua akaun pelanggan dan boleh dimuat turun daripada Laman web Self-care Tune Talk, lawati https://selfcare.tunetalk.com/selfcare/login.do.

Adakah perkhidmatan roaming dikenakan cukai perkhidmatan?

Ya. Perkhidmatan Roaming yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi Malaysia (Telco) kepada pelanggannya, sama ada perkhidmatan Roaming yang disediakan di Malaysia atau di luar Malaysia adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan

Adakah terdapat sebarang caj cukai perkhidmatan untuk Penebusan BIG Points dan Pembelian Barangan daripada kedai atas talian Tune Talk?

Ya, semua caj dan harga yang dinyatakan dalam Laman Atas Talian Tune Talk adalah termasuk SST.

Adakah perkhidmatan telekomunikasi antara kawasan khas (SA), dari SA ke kawasan yang ditetapkan (DA) dan dari DA ke SA tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

Ya. Perkhidmatan telekomunikasi di antara kawasan istimewa atau special area (SA), dari SA ke kawasan yang ditetapkan atau designated area (DA) dan dari DA ke SA adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Berapakah kos Pek SIM Tune Talk selepas cukai perkhidmatan?

Kos Pek SIM Tune Talk ialah RM 5 dengan masa berbual RM 2 dan pek Permulaan pada RM 8 dengan masa berbual RM4. (Kedua-dua harga adalah termasuk SST)

Apabila saya mendaftar Pek SIM Prabayar baharu, adakah saya akan dicaj untuk cukai perkhidmatan dan berapakah bayarannya?

Pembelian kad SIM prabayar sudah pun termasuk cukai perkhidmatan, anda tidak akan dikenakan bayaran lebih apabila mendaftar nombor prabayar, kerana tiada yuran pendaftaran.

Adakah terdapat sebarang caj cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan kandungan media dan Pemindahan Berbual Tempatan?

Tidak, Cukai Perkhidmatan 6% dikenakan semasa pembelian tambah nilai, oleh itu perkhidmatan kandungan media dan Pemindahan Masa Berbual Tempatan tidak terpakai untuk SST

Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk penggunaan pada panggilan, SMS dan data?

Tidak, Cukai Perkhidmatan 6 % dikenakan semasa pembelian tambah nilai, Tiada caj perkhidmatan selanjutnya dikenakan

Terma dan Syarat Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)
  1. Selaras dengan arahan Kementerian Kewangan berdasarkan Seksyen 34(3)(a), Akta Cukai Perkhidmatan, 2018, setakat 6 September 2018, SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan prabayar telefon mudah alih untuk warganegara Malaysia.
  2. Warganegara bukan Malaysia yang membeli perkhidmatan prabayar telefon mudah alih akan dikenakan caj SST sebanyak 6%.