Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut

Gaya Hidup & Hiburan

What is *888# Content?

A content provider feature by Tune Talk that allows subscriber to receive latest new, fun facts and lifestyle tips

Adakah saya akan dikenakan bayaran selepas mendail *888# dan memilih pilihan daripada menu?

Tiada caj dikenakan. Anda boleh mendail *888# dan memilih daripada menu secara percuma. Anda hanya akan dikenakan bayaran apabila melanggan.

Adakah saya akan dikenakan bayaran apabila saya mendail *888# dan memilih salah satu perkhidmatan?

Pengguna akan dikenakan bayaran apabila menerima SMS pengesahan dan pengesahan langganan.

Bagaimanakah untuk melanggan salah satu daripada perkhidmatan?

Pilih perkhidmatan dan klik OK. Kredit anda akan ditolak setelah menerima SMS pengesahan dan kandungan.

Berapa lamakah saya boleh melayari selepas mendail *888#? Adakah terdapat had masa?

Anda boleh kekal selama 30 saat pada setiap menu.

Cth: Jika anda pergi ke bahagian pertama menu, had masa ialah 30 saat. Apabila anda pergi ke bahagian menu seterusnya, ia akan ditetapkan semula kepada 30 saat sekali lagi.

Jika saya melanggan salah satu daripada perkhidmatan, berapa kerap saya akan menerima kandungan media tersebut?

Kami menawarkan perkhidmatan yang berbeza dengan tempoh masa yang berbeza; Harian, Mingguan dan Bulanan.

Jika saya melayari dalam bahasa pilihan saya, cth. Bahasa Indonesia, adakah saya akan menerima kandungan media dalam Bahasa Indonesia juga?

Ya, anda akan menerima kandungan dalam bahasa Indonesia dan sama juga bagi bahasa Inggeris dan Melayu, kandungan yang anda langgani akan berdasarkan pilihan bahasa anda.

Bagaimanakah sekiranya saya telah melanggan salah satu daripada perkhidmatan dan kredit saya telah ditolak tetapi saya tidak menerima sebarang kandungan media?

Anda boleh melaporkannya kepada Khidmat Pelanggan kami di (03-2771 7000) atau dail (13100). Anda juga boleh Live Chat dengan kami dan kami akan membantu anda dengan sewajarnya.