Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut

Pemindahan Kredit

Adakah terdapat had untuk membeli Pemindahan Kredit Masa Berbual dalam satu hari?

Anda boleh memindahkan sebanyak RM100 sehari.

Berapa banyakkah boleh dipindahkan?

Anda boleh memindahkan sebanyak RM100 sehari.

Berapa banyakkah yang akan dicaj untuk pemindahan?

Anda hanya akan dicaj untuk denominasi yang terpilih untuk Pemindahan Kredit Masa Berbual Antarabangsa.

Adakah penerima akan menerima pemindahan dalam Ringgit Malaysia (RM) atau mata wang asing?

Denominasi akan bergantung dalam mata wang asing negara tersebut. Contohnya: apabila anda memindahkan MYR5.00 kepada rakan di Indonesia, dia akan menerimanya sebagai IDR 5,000.

Adakah pengirim akan menerima pengesahan apabila Pemindahan Kredit Masa Berbual Antarabangsa telah berjaya?

Ya. Pelanggan Prabayar Tune Talk akan menerima SMS pengesahan apabila penerima menerima kredit. SMS akan menunjukkan jumlah (dalam MYR) yang ditolak daripada baki kredit penghantar dan jumlah asing diterima oleh penerima.

Adakah terdapat sebarang pemberitahuan yang akan dihantar kepada penerima apabila jumlah pemindahan telah berjaya dilakukan?

Penerima akan menerima pemberitahuan SMS mengenai jumlah yang dipindahkan (dalam mata wang asing).

Bolehkah saya menghantar denominasi lain yang tidak disenaraikan?

Tidak. Anda hanya boleh menghantar mengikut denominasi tetap yang ditawarkan oleh Tune Talk.

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini?

Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Tune Talk di 13100.

Adakah terdapat sebarang pembayaran langganan untuk perkhidmatan ini?

Tiada pembayaran langganan diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan ini

Bagaimanakah untuk layak menggunakan perkhidmatan ini?

Anda mestilah seorang pelanggan prabayar Tune Talk. Anda mesti berada dalam keadaan aktif dan mempunyai baki yang mencukupi untuk membeli Pemindahan Kredit Masa Berbual Antarabangsa.

Saya masih lagi mempunyai kredit berbaki MYR10.00 tetapi tempoh sah telah tamat. Bolehkah saya menghantar Pemindahan Kredit Masa Berbual Antarabangsa?

Tidak, talian anda mesti berada dalam status “aktif” untuk menikmati perkhidmatan ini.

Adakah SMS yang dihantar untuk perkhidmatan ini percuma?

Semua SMS yang dihantar adalah percuma.

Adakah perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelan kadar prabayar Tune Talk?

Ya, semua pelanggan Prabayar Tune Talk boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Berapa pantaskah penerima saya akan mendapat kredit masa berbual?

Dalam masa 5 minit.

Apakah yang berlaku jika telefon penerima tidak dihidupkan apabila saya membeli kredit masa berbual?

Baki masa berbual penerima akan bertambah (tambah nilai) tetapi penerima mungkin tidak akan menerima pemberitahuan SMS. Pengirim akan menerima pemberitahuan SMS yang berjaya.

Apakah yang berlaku jika nombor telefon penerima telah ditamatkan perkhidmatan apabila saya membeli masa berbual?

Mesej untuk nombor yang tidak sah akan dihantar kepada pengirim dan jumlah yang ditolak akan dikembalikan ke dalam akaun prabayar penghantar.

Apakah itu Pemindahan Kredit Masa Berbual Antarabangsa?

Pemindahan Kredit Masa Berbual Antarabangsa ialah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan prabayar Tune Talk memindahkan sejumlah kecil kredit prabayar ke akaun mudah alih prabayar luar negara.

Kepada siapakah saya boleh pindahkan kredit prabayar?

Anda boleh memindahkan kredit prabayar daripada nombor telefon bimbit Prabayar Tune Talk anda ke nombor mudah alih prabayar lain di luar negara (Bangladesh, Brazil, India, Indonesia, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Turki, Vietnam). Berbeza antara kedua-dua kod pendek.

Bolehkah saya pindahkan kredit prabayar semasa saya roam di negara lain (Perantauan Antarabangsa)?

Tidak, ia hanya tersedia di Malaysia.

Apakah baki minimum yang diperlukan dalam akaun prabayar saya untuk lakukan Pemindahan Kredit Masa Berbual Antarabangsa?

Anda boleh melakukan Pemindahan Kredit Masa Berbual Antarabangsa selagi anda mempunyai baki yang mencukupi untuk denominasi yang terpilih.