Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Scheduled Maintenance from 7 Nov to Serve You Better 😊 Info Lanjut
Apakah kelebihan Internet Asas Percuma (FBI) dan bagaimanakah untuk mendapatkannya?

FBI ialah perkhidmatan yang membolehkan pengguna Tune Talk yang telah kehabisan pakej data mereka (pelan data, bonus atau ganjaran) atau mereka yang tidak mempunyai pelan data menikmati sambungan berterusan secara langsung pada peranti mudah alih anda.

Pelanggan akan diperuntukkan 10GB kuota data FBI pada kelajuan 64kbps yang akan diperbaharui setiap 30 hari dari tarikh pertama pendaftaran nombor telefon bimbit anda.

Apakah yang akan berlaku jika saya telah kehabisan kuota FBI 10GB saya?

Setelah 10GB FBI kehabisan, anda tidak lagi boleh menggunakan sebarang data sehingga ia diperbaharui lagi.

Apakah Pek Hi-Value Tune Talk (TTHV)? Bagaimanakah untuk menjadi pelanggan TTHV?

TTHV ialah pek tarif baharu yang menawarkan data berkelajuan tinggi pada harga berpatutan dan memanjangkan tempoh sah kredit anda.

Pek TTHV disediakan untuk:

  • Pelanggan Tune Talk baharu yang mendaftar selepas 00:01, 24 Ogos 2021 dan seterusnya; atau
  • Pelanggan yang meminta untuk bertukar ke Tune Talk selepas 00:01, 24 Ogos 2021 dan seterusnya; atau
  • Pelanggan tetap Tune Talk yang bertukar kepada Pek TTHV selepas 00:01, 24 Ogos 2021 dan seterusnya.
Adakah saya masih boleh dapatkan pek tarif yang lama (cth. CUN Value Tune Talk atau Tune Talk Buddies) selepas 24 Ogos?

Mulai 24 Ogos 2021, hanya pek tarif TTHV akan tersedia untuk pendaftaran SIM baharu atau Bertukar ke Tune Talk.

Sekarang ini saya menggunakan pek tarif yang lama (Tune Talk Buddies / Prabayar Value Tune Talk / CUN Value Tune Talk). Bolehkah saya bertukar ke Pek TTHV dan melanggan pelan data baharu?

Ya, anda boleh bertukar untuk 300 Tune Talk Point. Walau bagaimanapun, bayaran ini dikecualikandari 13 September 2021 hingga 31 Mac 2022.

Ketahui lebih lanjut di sini.

Apakah yang akan berlaku jika pelan data saya telah digunakan sepenuhnya?

Anda akan menikmati sambungan Internet Asas Percuma (FBI) pada kelajuan 64kbps.

Sebagai alternatif, anda boleh membeli data booster yang disediakan atau membeli semula pelan untuk menikmati data berkelajuan tinggi.

Apakah itu booster dan bagaimanakah untuk melanggannya?

Data booster ialah penambahan kuota data yang anda boleh tambah pada pelan data semasa anda. Anda boleh langgan booster melalui menu “Get Add-Ons” di halaman Akaun Saya melalui Aplikasi atau dail *111# menu USSD. Booster akan mengikuti kesahan pelan data dan tidak diperbaharui secara automatik.

Adakah semua pelan data disertakan dengan tempoh sah?

Ya. Semua pelan atau pas TTHV disertakan dengan tempoh sah yang dipanjangkan.

(cth.) Jika anda menambah nilai RM30 pada 1 September 2021, tempoh sah akan dipanjangkan sehingga 23:59, 30 September 2021. Jika anda membeli pelan Bulanan Hi-35 pada 4 September 2021, tempoh sah akan dipanjangkan sehingga 3 Oktober 2021 .

Apakah ‘Connect Apps’ tanpa had?

Aplikasi Connect termasuk WhatsApp, WeChat dan lebih banyak lagi akan disertakan pada masa akan datang. Kuota tanpa had tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) Tune Talk.

Bolehkah saya menggunakan hotspot dengan pelan data TTHV saya?

Ya, penggunaan kongsi data akan ditolak daripada mana-mana kuota asas atau data booster yang ada dari sebarang pelan data. Setelah habis, anda boleh membeli data booster yang juga boleh digunakan untuk kongsi data.

Bagaimanakah untuk menyemak status atau baki kuota pelan data saya?

Untuk pengalaman terbaik, kami menyarankan anda menyemak Aplikasi Tune Talk anda! Anda juga boleh SMS STATUS to 2222, atau dail *134# (USSD).