Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

30 Okt, 2024 🛠️Scheduled Maintenance Activity on 4 Nov (1am – 2.30am) Info Lanjut
Bagaimanakah tempoh sah kredit tambah nilai berfungsi?

Tempoh sah tambah nilai kredit berdasarkan jumlah nilai yang lebih besar, bukan nilai kredit terkumpul. Tempoh sah berlaku setelah tambah nilai aktif

Contoh 1:
RM10 x 10 kali dalam hari yang sama = 10 hari
RM100 x 1 = 100 hari

Contoh 2:
RM20 x 1 kali dan RM30 x 1 kali dalam hari yang sama = 30 hari
RM50 x 1 = 50 hari

Apakah tempoh sah untuk jumlah tambah nilai saya?

Kredit Tambah Nilai mempunyai tempoh sah yang berbeza. Lihat jadual yang menunjukkan tempoh sah nilai Tambah Nilai yang berbeza.

Sila ambil perhatian bahawa masa tempoh penangguhan Tune Talk ialah 45 hari selepas tamat tempoh sah. SIM anda tidak boleh digunakan sekiranya anda gagal menambah nilai kredit anda dalam masa tempoh penangguhan. Setelah akaun anda tidak aktif, anda perlu membeli kad SIM baharu dan anda tidak akan mendapatkan semula nombor anda. Kami akan menghantar pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anda apabila akaun anda kehabisan kredit.

Apabila anda menambah nilai sebelum kredit anda tamat:
Baki anda yang sedia ada akan bertambah pada Tambah Nilai yang baharu
Tarikh tamat terbaru sah untuk keseluruhan jumlah

Bagaimanakah untuk menambah nilai akaun Tune Talk saya?

Anda boleh Tambah Nilai melalui:
Kad Tambah Nilai (kad gores e-pay)
Kad Kredit
IVR
Aplikasi Tune Talk di telefon pintar
Laman Web
Laman E-banking
Mesin ATM
E-pay
Kedai Serbaneka (cth: 7-Eleven, MyNewa)
Paypal
Laman atas talian e-commerce (Shopee, Lazada)

Baucar Tambah Nilai Fizikal
Kad Tambah Nilai dijual di serata tempat dan pengedar sah kami di seluruh Malaysia. Anda boleh memilih kad Tambah Nilai daripada RM5, RM10, RM30 dan RM50. Anda boleh mengaktifkan PIN baucar 16 digit dengan mengakses menu IVR atau USSD Tune Talk.

Untuk Telefon Pintar:
Klik pada ikon (+) di bawah kanan
Klik pada Tambah Nilai
Klik Baucar
Masukkan 16-digit PIN anda
Klik Teruskan

Untuk IVR:
Dail 13101
Masukkan nombor 2 untuk pilih Tambah Nilai
Masukkan nombor 1 untuk pilih “Masukkan Baucar”
Masukkan baucar 16 digit PIN
Baki baru dan tempoh sah anda akan ditayangkan selepas tambah nilai berjaya

Untuk USSD:
Dail *122*<16 digits PIN>#
Tekan HANTAR
Baki baru dan tempoh sah anda akan ditayangkan selepas tambah nilai berjaya

Kad Kredit
Untuk tambah nilai akaun anda melalui kad kredit, hanya log masuk ke akaun Self Care anda dan ikuti langkah berikut:
Dail *122*<16-digit top-up PIN># dan tekan hantar.

IVR
Hubungi IVR kami di 13101, pilih pilihan 2 kemudian pilihan 2 lagi sekali dan ikuti arahan rakaman suara.

Apabila anda menambah nilai sebelum kredit anda tamat:
Baki anda yang sedia ada akan bertambah pada Tambah Nilai yang baharu
Tarikh tamat terbaru sah untuk keseluruhan jumlah

Di manakah saya boleh mendapatkan Kad Tambah Nilai atau baucar Soft PIN?

Baucar Tambah Nilai Fizikal atau Kad Tambah Nilai dijual di serata tempat dan pengedar sah kami di seluruh Malaysia. Anda boleh memilih kad Tambah Nilai daripada RM5, RM10, RM30 dan RM50. Cari pengedar terdekat di sini.

Anda boleh juga dapatkan baucar Soft PIN daripada pengedar sah kami, mesin ATM dan kedai-kedai e-pay. Lihat senarai lengkap di sini.

Jika saya mempunyai masalah dengan jumlah tambah nilai saya, apakah yang perlu saya lakukan?

Jika anda mempunyai masalah mengenai tambah nilai atau cas panggilan/SMS, sila hantarkan e-mel ke customer.care@tunetalk.com. Kami akan lakukan semakan dan hubungi anda semula dalam masa 3 hari waktu bekerja.

Adakah terdapat jumlah tambah nilai minimum untuk memastikan akaun saya kekal aktif?

Jumlah tambah nilai minimum adalah RM5. Kami menyarankan anda menambah nilai sebelum kredit semasa anda tamat tempoh sah supaya akaun anda boleh kekal aktif.