Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

Ganjaran

Jika saya menggunakan pelan tahunan 120GB (ditebus melalui point) dan saya kehabisan data, bolehkah saya melanggan pelan data lain untuk mendapatkan data tambahan?

Data Ganjaran berfungsi seperti mana-mana pelan data dan anda harus mengelak daripada melanggan pelan data lain kerana ia akan menghapuskan data ganjaran. Kami syorkan anda mengaktifkan Booster 10GB dengan hanya RM10, yang akan sah untuk baki kitaran bulanan.

Apakah yang boleh ditebus dengan point saya?

Lihat katalog Ganjaran kami melalui aplikasi Aplikasi Tune Talk sekarang.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya point tidak mencukupi untuk menebus sebarang ganjaran?

Jangan risau, hanya tambah nilai untuk mendapatkan Poin. Ketahui lebih lanjut

Adakah point saya akan tamat tempoh?

Ya. Poin yang dikumpul mulai 1 Februari 2018 dan seterusnya akan mempunyai tempoh sah dua (2) tahun. Ketahui lebih lanjut di SINI.

Bolehkah saya menebus ganjaran data yang berbeza?

Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, sedia maklum bahawa hanya ganjaran data yang berbeza boleh ada bersama dan ditindih. Menebus ganjaran data yang sama akan menghapuskan ganjaran data yang sedia ada.

Adakah saya boleh menikmati data 120GB selepas penebusan berjaya?

Ya, tetapi hanya 10GB data akan dikeluarkan setiap bulan selama 12 kali.

Adakah terdapat sebarang pengesahan SMS apabila penebusan berjaya?

Ya. Anda akan menerima SMS dalam masa 5minit.

Adakah hanya ada penebusan pelan tahunan 120GB? Bagaimana pula dengan pelan-pelan yang lain?

Ya, ia hanya pelan 120GB. Data Ganjaran yang lain boleh ada bersama mana-mana pelan data aktif anda yang lain.

Bagaimanakah untuk menyemak baki point saya?

Semak baki Poin anda dengan mendail *133# atau semak melalui Aplikasi Tune Talk.

Saya kini sedang melanggan salah satu pelan data. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menebus pelan data tahunan 120GB?

Sila ambil perhatian bahawa pelan data semasa anda akan ditamatkan secara automatik jadi kami cadangkan untuk menghabiskan sepenuhnya pelan semasa anda terlebih dahulu sebelum melanggan pelan baharu.

Bilakah saya boleh menebus point saya?

Bila-bila masa dan di Mana-mana sahaja. Tebus melalui Aplikasi Tune Talk atau di Selfcare.