Kembangkan Idea Anda Bersama Kami
Setiap visi bermula dengan idea, jadi kami sentiasa mengalu-alukan cadangan anda. Selain daripada merekrut bakat luar biasa dan meningkatkan kepuasan pekerja, kami percaya budaya kerja yang positif adalah kunci utama ekosistem pejabat yang lebih gembira.
Kembangkan Idea Anda Bersama Kami
Setiap visi bermula dengan idea, jadi kami sentiasa mengalu-alukan cadangan anda. Selain daripada merekrut bakat luar biasa dan meningkatkan kepuasan pekerja, kami percaya budaya kerja yang positif adalah kunci utama ekosistem pejabat yang lebih gembira.
Apakah ciri-ciri seorang Rockstar?
Seperti lagenda Freddie Mercury, Tune Talk Rockstars kami berdaya saing, berorientasikan matlamat dan berdedikasi untuk #GoBeyond! Adakah anda Rockstar yang dicari? Sertai kami.
Temui Rockstars kami
Seronok kerja di Tune Talk! Saya sentiasa diberi peluang untuk belajar dan menerokai pelbagai perkara yang berbeza. Saya mempunyai rakan-rakan sekerja yang menghormati antara satu sama lain, yang membuatkan projek lebih mudah dan berjaya!
Tune Talk adalah tempat di mana sekumpulan yang berfikiran inovatif berusaha untuk mendorong sesama sendiri supaya dapat memberikan produk dan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Bekerja di sini cukup memuaskan bagi mereka yang suka berfikir di luar kotak dalam persekitaran pantas, seronok dan mencabar.
Budaya kerja di Tune Talk adalah gabungan ketangkasan, kepantasan dan kebolehsuaian. Ia merupakan satu organisasi yang terus berusaha untuk menambah baik dan meningkatkan pengalaman pelanggan kami secara digital. Yang paling penting, teman sekerja yang tidak kedekut ilmu membuatkan setiap saat berbaloi!
Apa yang paling saya gemari bekerja di Tune Talk adalah peluang untuk bekerja dengan rakan-rakan sekerja yang sentiasa menyokong dan berfikiran ke hadapan. Terdapat banyak ruang untuk mengembangkan potensi diri, serta ramai rakan sekerja yang suke mengacau anda hahaha.
Tune Talk adalah sebuah organisasi yang menyeronokkan, muda dan berfikiran terbuka. Saya suka persekitaran kerja di sini, rakan kerja sentiasa menyokong satu sama lain walaupun latar belakang kami berbeza. Saya diberi banyak peluang untuk meneroka pelbagai bidang selain daripada telekomunikasi. Tune Talk adalah rumah kedua saya.
Saya sangat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada budaya yang bertumpukan hormat sesama sendiri dan kerja keras. Nilai-nilai ini membentuk saya menjadi seorang yang lebih positif dan membantu saya untuk mempelajari cara kerja yang lebih efisien.
Kuat Bekerja, Seronok Bersuka Ria
Kami berkongsi ruang yang sama dan berkongsi pendapat secara terbuka!
Hanya 5 kilometer dari bandar KL
Ibu pejabat kami, Wisma Tune terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Dikelilingi pelbagai kemudahan, kami hanya dalam masa 10 minit berjalan kaki dari MRT Semantan.
Syarikat Kami
Kami merupakan Mobile Virtual Network Operator (MVNO) yang paling cepat berkembang di Malaysia.
Ketahui Lanjut